CCTV!!

FASHION KAMI MENYEDIAKAN .........

Monday, May 23

SEMUA YANG HIDUP PASTINYA AKAN MATI DAN KEMABALI KEPADANYA............

JIKA ANDA MENCARI CARI TEMPAHAN PUSARA (KEPOK DAN NISAN) PADA HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN, SILA KE http://eyaqqin.co.cc/eya/member.area.membership.ag.php#


KAMI SEMEMANGNYA MEMPUNYAI CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA..........
SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI OLEHNYA.......


Amin....

Saturday, March 19

HIKMAT AYAT KURSI MENGIKUT HADITH HADITH

BERIKUT DINYATAKAN ANTARA HIKMAT2 AYAT KURSI MENGIKUT HADITH HADITH...... JADI AYUH! TANYALAH DIRI KITA DITEMPAT MANA KITA BERADA ATAU TIADA LANGSUNG KITA LAKUKAN YANG DI BAWAH.........MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK KITA SAMA MENGAMALKANNYA, INSYAALLAH KITA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGANNYA....

  1. Barangsiapa yang membaca ayat kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua Malaikat memeliharanya sehingga subuh menjelma.
  2. Barangsiapa membaca ayat kursi di setiap sembahyang fardhu, makanya dia akan sentiasa berada di dalam lingkungan (perlindungan) Allah sehingga masuk fardhu yang lain.
  3. Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah dia untuk masuk ke syurga.
  4. Barangsiapa membaca ayat kursi ketika hendak tidur, maka Allah akan memelihara akan dia dan seluruh rumahnya, jirannya dan ahli ahli rumah sekitarnya.
  5. Barangsiapa membaca ayat kursi di akhir tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan baginya setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala nabi nabi serta Allah melimpahkan rahmat padanya. Selain itu mereka ini akan Allah SWT kendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  6. Barangsiapa membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, maka Allah SWT akan mengutuskan padanya 70,000 malaikat dan malaikat ini akan memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  7. Barangsiapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesusahan maka Allah SWT akan memberi pertolongan kepadanya.




SINAR CAHAYA AYAT KURSI.....ALLAHUAKBAR!!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......


Dalam sebuah hadith ada menyebut kisah seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya tak lain tak bukan untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.


Sebab itu Rasulullah tidak akan masuk ke rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Disaat itu syaitan akan lari ketakutan dengan salam itu.

DOA ANAK ANAK TERMAKBUL

       Kebiasaannya lazim orang orang tua kita dulu, pantang mendengar anak2 kecil menegur walaupun tau mereka sebenarnya bersalah. Kita jangan mudah rasa tercabar kerana pesan orang tua tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.


Sayyidina Umar pernah berkata, 
kanak kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. begitu juga dengan Rasulullah, kalau baginda berjumpa dengan anak anak kecil, baginda cukup hormat dan kasihkan mereka sebab anak anak tidak berdosa.


Kanak kanak kalau menegur sememangnya jujur, ikhlas dan janganlah kita ambil endah tak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak anak. Kalau menegur anak anak pun dengan ekor mata yang amarah beserta herdikan.






Si anak akan rasa tersisih dan tidak dihargai. kadang kadang teguran anak kita benar, tapi bila kita merasa kita lebih dewasa atau lebih tua dari mereka, kita akan marah kerana tak boleh menerima teguran itu. Kepada kawanla mereka mengadu, kalau jumpa kawan yang baik tidak mengapa, kalau sebaliknya? ia sudah tentu membawa padah.

Thursday, January 20

NAK TUKAR TEMA 'entry'.....

Dari hari ke hari rasa macam susahnya nak cari idea nak 'boh' kat entry ni....... sedang aku sendiri mencari sesuatu yang lain..... bukan tak tetap pedoman ......tapi rasanya biarlah aku try test tengok kalau idea idea entry tema terbaru ni senang nak wat...senang nak baca... n aku pun minat..... pasalnyer aku ni minat ngan membaca aktiviti rutin org lain... so bila nak wat aktiviti rutin sendiri tuh macam malas gak sebab aku dah tau citer aku seharian kan...????

TESTING ONE...TWO....THREE.....ACTION!!!

NAK TUKAR TEMA 'entry'.....

Dari hari ke hari rasa macam susahnya nak cari idea nak
boh kat entry ni....... sedang aku sendiri mencari sesuatu yang lain..... bukan tak tetap pedoman tapi rasanya biarlah aku try test tengok kalau idea idea entry tema terbaru ni senang nak wat...senang nak baca... n aku pun minat..... pasalnyer aku ni minat ngan membaca aktiviti rutin org lain... so bila nak wat aktiviti rutin sendiri tuh macam malas gak sebab aku dah tau citer aku seharian kan...????

Wednesday, January 19

permata hati sayang......

sayangku.....

BILA HATI MULA BERBICARA.......

Entah mengapa....aku terdengar ....
bagai sesuatu mula berbicara .....

Jika suara itu dari mega nan mendung....                                         
aku bisa menyanyi agar mendung itu pergi....

Jika pula suara itu dari kejora bertaburan... 
aku bisa bersyair agar ia bersatu menjadi lambang hati yang menyenangkan

Jika pula suara itu dari unggas hutan ...
aku bisa menggesek biolaku 

sshhhh.......

agar unggas unggas itu tenang........
sama menari bersama kelip kelip malam....

tapi TIDAK!!!......

suara itu dari HATI AKU YANG BERBICARA
dan aku tak bisa berbuat apa....

kerana setiap hembusan katamu.........
aku cuba mencari jawapan yang aku sendiri tak pasti.....

Hingga datang kerisauan hati....
bersama bayang keserabutan minda....

membuat aku tidak tenang.....
ISTIGHFAR aku pada kalimah tuhan yang satu.....

moga tidaklah aku tergelincir dalam mainan hitam perasaan....


hingga..........


HATI ITU KINI MENYANYI....DAN 
AKU LENA DIBUAI MIMPI.....




PENA PUTIH

Tuesday, January 18

SELAMAT MALAM

PENA PUTIH

PENAKU MENARI LAGI.......

Terima kasih pena, kerana sudi menari lagi bersamaku......
walau mata mata luar sudah lena.......kau tetap setia......
walau malam semakin pekat...kau tetap kugenggam erat......
bersama bait bait puisi berhembus di helaian kita.....


jika kau ingin bicara tentang mega....
aku sudi lagukannya.....


jika kau ingin bicara tentang pujangga....
aku dan kaulah penyairnya....
hingga saat inipun kau lah teman setia bersama tarian lagu kita.....
walau tahun sejengkal cuma aku bisa belajar.......


terima kasih ...buat kalian


-PENA PUTIH

BILA PENA PUTIH MENARI........TANDANYA AKU SUDI TEMANI......

Assalamualaikum...... pembuka bicara buat semua....dari aku si pena putih.....

Hari minggu hari istirehat!


Itu kata kata kalian di luar sana, bagi pena putih hari minggula hari paling banyak kerja nak buat maklumla kalu hari hari keje lain, akal waras ni nak pikirkan hal hal kerje je. Bila hari minggu nak pikir hal rumah je dah sekian. nak masak apa?......nak mngemas mana dulu?...... 


bagi husband n wife mesti nak pikir pulak nak bawak anak g mana? sedangkan bagi pena putih sendiri, nak buat 'mende' ni pun panjang pikirnyer....... apa pun yang kita wat, pastikan ianya satu kepuasan hati........


 PUAS N SYOK!!! baru bole senyum.....


Sebenarnya bila kita buat sesuatu kita tanya hati dulu kan??? suka ker tak suker..... kalau suka just go on kalu tak jangan paksa nanti seksa!! macam blog jugak pena putih memang minat giler puisi puisi nih!!! sejak zaman sekolah pun walau takde boypren bole je dtg puisi puisi merajuk cam bawah ni........ 
kadang kadang ini satu ketenangan bila fail result exam, baca atau berkarya buat kita tenang setenang muara sungai......ha..ha..ha....


Jadi buat korang janganlah tension tension...... apa pun masalah melanda, kita try kongsi sama2 walau jauh di mata kalau tak setempayan yg settle pun dapat sekelumit penenang jiwa di ruang HEMBUSAN BAYU ni pun syukur alhamdulillah bak kata pena putih...."puisi indah terapi minda"


jika hati terusik, undanglah puisi agar ia bisa menangkan jiwamu hingga kau terlelap walau sedetik cuma......

Monday, January 17

JANGANLAH MENCARI CARI SILAPKU
KERANA KESILAPAN ITU ADA PADA DIRIMU

HARI HARI MENDATANG BUKAN BERMAKNA BAHGIA
JUA BUKAN DERITA
MALAH KITA JADIKAN HARI HARI ITU
BAGAI MENYAMBUT BUTIRAN PERMATA YANG GUGUR 
YANG TAK MUNGKIN KAU LEPASKAN

KITS HANYA MANUSIA BIASA YANG HANYA MENGENALI DIRI
SETIDAKPUN MENGETAHUI KEHENDAK HATI
USAH SESEKALI BERKIRA KIRA HAL ORANG 
KERANA YANG DATANG ITU MENUNJUK SIAPA KITA

JIKA KITA MAMPU MELIHAT.....

keranamu malam....

Utuskan aku pada sebuah kugiran...
agar berlagu hati ini saat kepekatan malam...
jika tidak sebuah kugiran...
lagukan aku pada gesekan biola buruk...
kerana itu sudah cukup mewarnai hati ini......

hati hati pada usikan rindu...
itu pada aku...
yang hanya mengerti pada sepotong ayat...
tidak pula memahami erti rindu itu yang berhembus pergi

hanya aku yang mengerti
PENA PUTIH


ANAKKU SAYANG....... BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

       Hari Senin (Isnin) memang hari yang paling malasss untuk pena putih...... taktau la kenapa memang la liat nak wat segala galanya tapi bila dah sampai tempat kerja semua ok jer.... tenaga n semangat tu datang sendiri bila jumpa kawan kawan........

       barula terpikir rugi kalau aku tak datang tadi.....

       Nak berkongsi la ni,....Tengah sibuk sibuk mengajar, tetiba handphone berbunyi..... rupa2nya alarm tak padam2 dari tadi....... tetiba teringat anak (alah anak ibu sayang)..... mana taknya, alarm tu baru malam sebelum tuh pena putih record anak baca Al-fatihah ngan doa masuk tandas...... bangganya mendengar suara anak yg halus tu membaca ayat2 suci tu.... SUBHANALLAH!.........

         Sememangnya kan?? bila kita bercerita pasal anak, memang lemahla segala2nya....... tak kira kita ni seego mana, segarang mana, sebesar mana, kita hanya mampu terdiam bila si anak mula berkeletah!! nak nak berkeletah macam orang tua yang kita tak terpikir pun dia akan cakap......



BUAT PERMATA HATI



SAYANG,
SEMEMANGNYA KAU TERHEBAT,
MENJADI PENAWAR 
1001 PERKARA BUAT IBU,

HANYA KAU YANG MAMPU MENJADIKAN...

KEMARAHANKU SEBUAH SENYUMAN
KEKERASANKU SELEMBUT KAPAS
KEEGOANKU SEBUAH TANGISAN...

TIADA DAYA DIRI INI 
BERNAFAS TANPAMU...

MOGA KAU MENJADI SESUATU 
YG BERGUNA DAN DIBERKATI KELAK..

ITU DARI IBUMU 
YANG TAK PERNAH PUTUS BERLAGU DOA....

KAU YG TERHEBAT....



Sunday, January 16

PERNAHKAH HATI KALIAN TERUSIK???

Tengoklah hari hari yang berlalu sekarang.... kalu dulu cuti sehari rasa lambatnyer nak start sekolah.... sekarang ni, Ya Allah bagai sesaat tau tau sok nak start mengerjakan kerja kerja yang perlu dikerjakan....... tetiba hati tu menyebut


pernahkah hati terusik??


Bila hati terusik, kita akan merasa dan terasa! tak kisahla sapa yg mengusik..... mak ker, ayah ker, adik beradik dan lebih lebih lagi kekasih atau org yang tak dikenali......(kenapa korang senyum??? haaaa.......).

waktu waktu macam ni lah jiwa tak tentu arah kan? itu kata pena putih sendiri......pada korang pulak pena hitam, pena kuning, hijau, biru, ungu n multicolour,..... macammana keadaannye jika hati terusik oleh kekasih hati.......

Terusik ni pulak yang pena putih tahu banyak sangat maknanyer kalu nak di klasifikasikan..... ada yang tafsirkan seperti ini..........

  • rasa nak merajuk
  • rasa bangga (kembang semangkuk)
  • rasa marah
  • rasa disayangi sangat
  • rasa dingorati......(org ngorat!)
kalu salah satu ni sedang statik kat dalam hati korang, itu tandanya hati korang terusik.....jadi,......pena putih sediakan puisi puisi indah karya ketika lembayung masih meniti senja ni, untuk korang baca sebagai terapi jiwa..... harap harap sedikit tenang, ingat pepatah pena putih...."PUISI INDAH TERAPI MINDA DAN JIWA"



hatiku terusik lagi

saat ini... penaku menari lagi.....
mencari ketenangan hati
tempias dari bahasa katamu

entah esok....entah lusa
aku bisa menelan sireh sireh pahit
sireh sireh payau
yang telah kau gulung
dan kau lempar kepadaku

aku sedar kekurangan diri ini
tapi cukuplah
cukupla sayang......
biarkan kenangan kita berlalu
dan
jika ia berlaku
akulah insan pertama yang melambainya...
tak perlu aku dicaci
kerana aku tahu...
aku perlu pergi.....



hatiku terusik lagi

Terlebih dulu,
izinkan aku bertanya pada bulan
menjerit pada bintang
melaung pada mega malam

adakah kalian melihat senyuman ini??

aku malu melihat mataku....
rasanya seolah olah kau melihatku...
aku malu melihat jemariku
rasanya seolah olah kau menjemputku
juanya aku malu melihat diriku 
kerana
rasanya seolah olah kau mendakapku...

terima kasih sayang..
takku duga 
salamku bersambut
jerit manjaku bersahut
saat saatku mengintaimu
kau jua ada saat saat itu...

pintaku
lebarkan kasih kebahagiaan ini
menjadi sebuah kasih abadi
moga terpahat kekal di hati....

terima kasih kerana mengintaiku dalam diam...




hatiku terusik lagi

Jika yang memanggil itu kau,
aku pasti mati

jika yang melihat itu engkau,
ibarat balak menimpa diri

jika yang menyentuh itu engkau,
luluh melepuhlah kulit gebuku ini

itulah ibarat kau
entiti paling ngeri dan berduri di hati ini...

jauhkan aku dari kelibatmu
jauhkan aku dari bayangannya tuhan...
kerana dia tak punya apa apa
usahkan harta 
malah zero budi bahasa 

wahai insan yang tak bernama
nyahlah kau dari insan2 berguna
moga jauh tempias perwatakanmu 
dari merenjis kepipi mereka

jika tak esok, lusa
kelak pasti kau terima balasannya
mensia siakan insan bernama hawa....
kerna aku pasti 
hukum karma tak hilang jua
mencarimu walau dimana




Saturday, January 15

PUISI BUAT KALIAN YANG MERAJUK......

Awal awal tahun ni biasalaa.... semua org sibuk sangat! bak kata orang semuanya macam baru nak mula kan?? yang berKASIH-KASIHAN lupa kekasih, yang ada anak bini, lupa anak bini, yang ada mak ayah kadang2 lupa nak call kan??? ( korang dah call mak pak korang ker?? baik call skang).


Bila dah terlupa lupa ni,..... haaaa... mulalahh ada hati yang tersinggung!!! bila dah tersinggung, tu yang WUJUDNYA puak puak yg merajuk tuh!! Merajuk yang kononnya lebih kurang ginila ayatnyer...(aku taula, aku pun selalu merajuk gak)......

  • "ialaaa...... org sibuk, mana nak ingat kita kan?....." n bla bla bla  
  •       
  • "abg ni sibuk btul la, pergila sekolah anak bayar yuran dulu, nanti cikgu dia tanya.....menyampah tul la awak ni......" n bla..bla...bla..

  • "ayah...ayah, kenapa tak jemput adik balik tadi?? ayah tipu adik....waaaaaa....." n bla bla bla

  • "takpela longgg...... mak faham knapa tak call.... siapkanlah keje tuh, dah lah!!"....n tuutt...tuut...tuut...                                   

kalu korang antara yg pernah kena bhs camni, comfirm, korang dah buat seseorang merajuk..... buat korang2 yg merajuk atau buat seseorang merajuk, ni untuk korang...... 



MAAFKAN AKU SAYANG


sayang,
gerimis yang berlagu di luar itu....
seakan akan menyatakan silapku....
jika semalam.....
kau ketawa riang membuat aku termenung seketika melihat keletahmu....
dan hari ini.....
kau memaksaku termenung lagi....
memikirkan ke mana hilangnya tawa manismu.....
bayang perihal semalam menyedarkan aku.....


benar...
aku lupa tugasan harianku.... 
membelaimu dengan kata kata kasih
benar...
aku lupa itu tanggungjawabku...
menghiasimu dengan rasa selamat dan terlindung


MAAFKAN AKU SAYANG,
aku hanya manusia biasa...
yang selayaknya sering terlupa dan terleka....
demi mengejar sesuatu yg dapat membahgiakan kita...
sedang aku lupa, 
sering bersamamu itu adalah KEBAHAGIAAN sebenar kita....
MAAF SAYANG PINTAKU.....


KEMANA HILANG


hari ini, aku sunyi.....
hari ini, aku sepi....
hari ini, aku mencari....


terasa baru semalam kau memaksa aku ketawa gembira....
terasa baru semalam aku kau dakap mesra....
terasa baru semalam kau hiasi aku dengan kata kata....
oh bahgianya....


kini, aku menangis lagi....
mencari KE MANA HILANG sebuah kasih di hatimu
yang sering kau hiasi di jiwaku...
mencari KE MANA HILANG rasa sayang di dirimu 
seperti masa masa lalu


aku pasrah atas segala ini....
aku tahu kesibukanmu kerana apa....
aku tahu keletihanmu kerana apa....
malah hakikatnya aku tahu....
kau hilang tak ke mana....
cuma kadang kadang jua... aku cemburu
pada masa masamu yg terlalu terhad buatku....


tak mengapalah sayang....
pergilah...
akan ku nanti sehingga masamu menjadi seribu.... 
hingga akhir hayat ini......
salam kasih di angin lalu......























DI FASHION HOUSE KAMI,...

KAMI MENAWARKAN TUDUNG TUDUNG TERKINI DENGAN PELBAGAI KOLEHSI IDAMAN HATI. ANTARA KOLEKSI KAMI DARI TAILOR KAMI SENDIRI JUGA DIDATANGKAN KHAS DARI BUTIK BUTIK TERNAMA.......

ANDA INGIN LEBIH TRENDY?
ANDA INGIN YG TERKINI?
ANDA ADA BUDGET TERSENDIRI?

semuanya disini dan ANDA PASTI PUAS HATI!!!